Thursday, March 30, 2017

cara bawa masuk kereta ke langkawi

assalamualaikum dan salam sejahtera..

ramai yang bertanya kami macam mana nak bawa masuk kereta ke Pulau Langkawi ni... ok, harini kita cerita sikit cara macam mana nak bawa kereta sendiri masuk ke Pulau Langkawi. nak bawa masuk kereta naik Feri ke Langkawi ni tak boleh main terjah je. ade beberapa prosedur pengusaha  Feri yang harus kita ikut.

pertamanya anda semua  perlu buat tempahan online dulu. tempahan boleh dibuat di laman web https://www.langkawiroro.com/  ataupun di http://www.langkawiauto.com/.. untuk membuat tepahan anda perlu menyediakan beberapa dokumen. antara dokumen yang diperlukan ialah salinan gran kenderaan, salinan ic pemandu, nama dan no ic penumpang, dan no telefon pemandu. bayaran untuk tempahan itu boleh buat online terus. kadar tambang feri berbeza mengikut cc kenderaan.





jadi bila dah buat tempahan anda semua kenalah stanby di Terminal Feri Kuala Perlis. anda semua kena berada di Jeti 2jam sebelum berlepas. pada musim cuti sekolah / cuti umum anda dinasihatkan berada di Jeti lebih awal lagi sebab keadaan di jeti sangat sesak dengan kenderaan.  di terminal ni ada kemudahan surau, kedai makan, tandas awam dan kaunter tiket,

prosedur untuk chek in Feri ni sangat mudah, anda semua perlu print e-tiket yang dibuat semasa tempahan online tu dan daftar terus kat kuanter yang disediakan di Jeti Kuala Perlis ni.. selepas daftar anda akan diberi satu kad kemudian bolehlah beratur untuk masuk ke dalam feri.




perjalan dari jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi mengambil masa kira-kira 2jam. sepanjang perjalanan menuju ke Pulau Langkawi anda dapat menihat pemandangan yang amat cantik. jadi jangan lepaskan peluang belegar-legar di berandar luar feri sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan... 😊😊😊 









Tuesday, March 7, 2017

beautiful langkawi


jomm layan video ni.. video yang memaparkan keindahan di Pulau Langkawi..video ini telah di muat naik di youtube semenjak 3 december 2013  yang lepas oleh Vigorous Fitness dan teleh mencapai sebanyak 156167 view dari penonton..

atara tempat yang menjadi pilihan Vigorous Fitness ialah Cable Car yang memparkan keindahan gunung Mat Cinchang yang tingginya mencecah 713meter dari aras laut. Pelancong dapat melihat keindahan gunung ni dengan menaikki Kereta Kabel / Cable Car.

lokasi seterusnya yang menjadi pilihan Vigorous Fitness adalah Machinchang Cambrian Geoforest Park.. disini kita dapat melihat keindahan pantai yang dapat menenangkan fikiran. pantainya bersih dan airnya jernih. tempat ini amat sesuai untuk bercuti dan beriadah bersama keluarga..

banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Pulau Langkawi ni.. jom bercuti ke Langkawi



Upside Down House Langkawi

ramai yang tak tahu kt Langkawi ni ada 1 tempat yang unit untuk bergambar buat kenangan. Upside Down House ni memang best bagi kaki selfi ...