Showing posts with label homestay di langkawi. Show all posts
Showing posts with label homestay di langkawi. Show all posts

Wednesday, February 13, 2019

5 TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI

Langkawi merupakan destinasi pelangcongan yang tidak asing lagi di Malaysia. Saban tahun pulau lagenda ini menjadi kunjungan para pelancong dari dalam dan luar negara. Ini kerana pulau ini menjanjikan pelbagai aktiviti dan  tempat menarik untuk di kunjungi dan juga menawarkan jualan barangan bebas cukai. kami senaraikan 5 tempat best di Langkawi untuk korang kunjungi

1. UMGAWA ZIPLINE ECO ADVANTURES

haa kt sini korang boleh jadi tarzan ye. Pengalaman bergayut dan merentasi hutan hijau memang menjanjikan satu kenangan manis buat korang😊 lokasinya terletak di Telaga Tujuh, Langkawi. untuk harga tiket dan detail korang boleh tengok kt website ni  πŸ‘‰ https://www.ziplinelangkawi.com/

2. SKYTREX ADVENTURE LANGKAWI

sesuai untuk anda yang sukakan cabaran. tempat ini menyediakan 3 cabaran trek yang berbeza cabarannya. lokasinya terletak di Jalan Telok Yu, Kampung Kok, Langkawi. untuk harga pekej korang boleh rujuk website ni πŸ‘‰ https://www.skytrex-adventure.com/

3. PANTAI TENGAH



kt sini pantainya gebu. banyak aktiviti sukan air yang boleh korang  cuba seperti Jetski, Parasailing dan banyak lagi.

4. PULAU PAYAR



pulau yang tidak asing lagi bagi mereka yang ingin melihat hidupan marin. Pantainya juga sangat bersih dan sesuai untuk berkelah. Bagi korang yang ingin menerokai Pulau Payar, terdapat denai jalan kaki yang telah disediakan

5. AIR TERJUN LELAGA TUJUH



yang uniknya tempat ni terdapat kawasan tadahan kecil seakan telaga yang terbentuk secara semulajadi. Untuk korang yang nak beriadah bersama keluarga sambil mandi air terjun, tempat ini sangat sesuai kerana banyak kemudahn yang telah disediakan untuk pengunjun

sebenarnya banyak lagi tempat-tempat best kat langkawi ni.. korang boleh datang sendiri mesti seronok 😊

untuk korang yang nak tempah penginapan / homestay di langkawi ni boleh berhubung dengan kami ya

sms / whatasapp / telegram
fauzi: 016-9454669
fauzi: 016-9454669
fauzi: 016-9454669

whatsapp πŸ‘‰  www.wasap.my/60169454669

like us at facebook

https://www.facebook.com/langkawihomestay4u/


ok lah korang... sampai sini dulu ye. next time update pasal homestay kami pulak. jumpa lagi. bye ...😊😊😊😊😊



Wednesday, September 6, 2017

3 Tempat Menarik Melihat Matahari Terbenam di Langkawi

Pulau Langkawi merupakan destinasi pelancongan yang tidak asing lagi di Malaysia. Salah satu aktiviti yang popular yang menjadi tarikan pelancong adalah melihat pemandangan indah matahari terbenam. waktu yang sesuai untuk melihat matahari terbenam ni sekitar jam 6.45pm. di Pulau Langkawi ada banyak tempat yang boleh kita lihat matahari terbenam. jom kita view 3 tempat yang menarik untuk melihat matahari terbenam

1. Nest RoofTop

nest rooftop memberikan anda pengalaman yang tak dapat dilupakan. lokasinya cenang. ianya seebuah restoran yang terletak di tepi pantai cenang. justeru itu tempat ini menjadi kawasan yang sangat strategik untuk melihat matahari terbenam pada waktu petang sambil menikmati makanan enak di restoran ini. untuk maklumat lanjut mengenai restoran ini anda boleh lihat di page  https://www.facebook.com/nestrooftop/


2. telaga harbour park

terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Telaga Horbour Park merupakan pelabuhan penting yang ada di Pulau Langkawi. suatu ketika dahulu telaga harbour park pernah menjadi perkampungan nelayan kecil. namun kini telaga harbour park sudah berwajah baru yang merupakan sebuah bandar dan pelabuhan yang menempatkan kapal-kapa layar dan kapal-kapal mewah. dari sini kita datang melihat matahari terbenam yang sangat cantik berlatarbelakangkan bukit dan kapal mewah..

3. pantai kok

pantai kok ini kelihatan cantik dengan pasir yang bersih dan air lautnya yang jernih. disepanjang pantai ni banyak letaknya resort kelas atasan seperti Berjaya Langkawi Resort, Sheraton Langkawi Beach Resort dan Tanjung Sanctuary. jadi untuk yang ingin merasa suasan berjalan kaki yang romantik amat sesuai di pantai ini sambil menikmati keindahan matahari terbenam di waktu petang. 
kt sini gerai makan yang popular adalah Hafiz Rojak. pernah di siarkan dalam rancangan jalan-jalan cari makan di tv3. banyak pilihan makanan kt sini. sesaui untuk anda yang ingankan suasana santai di tepi pantai sambil menikmati makanan yang lazat

jom kite ke Langkawi

untuk urusan Homestay Langkawi
sms / whatsapp / telegram
Fauzi: 016-9454669
Fauzi: 016-9454669
Fauzi: 016-9454669






Thursday, August 3, 2017

MENGHIBURKAN...Kolam Renang Homestay Tempat Terbaik untuk Bersuka Ria Bersama Keluarga




percutian anda akan lebih bermakna disinI... salah satu Homestay yang ada Kolam Renang di Pulau Langkawi.... homestay yang mempunyai kolam renang menjadi pelengkap dan menambahkan kesempurnaan sesebuah homestay... tak sia-sia anda datang ke Pulau Langkawi ni jika dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang untuk mandi dan berseronok disini... Pulau Langkawi merupakan salah satu destinasi percutian yang menarik yang ada di dalam Malaysia ni.... jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke Pulau Langkawi dan menginap di Homestay ni ye..











Homestay yang cantik ni terletak di area Cenang yang merupakan salah satu kawasan tarikan pelangcong yang ada di Pulau Langkawi ini... ia mempunya 3 bilik tidur berhawa dingin dan homestay ini mampu memuatkan sehingga 10orang dalam satu masa... jarak antara Homestay dengan pantai cenang cuma mengambil masa 5minit perjalanan.. jadi senang untuk anda pergi menikmati keindahan pantai cenang... bilik nya disusun rapi dan kemas untuk memberikan keselesan kepada anda tidur disini...


tidak lengkap sesebuah homestay kalau tanpa dapur kan??  ye.. gambar di atas adalah dapur yang ada di dalam homestay ini.. ia dilengkapi dengan peralatan asas untuk memasak dan dihiyasi dengan kabinet yang cantik... anda boleh memasak makanan kegemaran disini dan menikmati hidangan bersama keluarga sama macam dirumah anda sendiri..


ruang tamu pula lengkap dengan sofo yang empuk sesuai untuk berehat bersama keluarga.. jadi jika anda hendak menginap disini jangan lupa hubungi saya ya... lagi senang whatsapp terus kt sini >>> https://www.wasap.my/60169454669 
sapa cepat dia dapat ye.. pastikan anda membuat tempahan awal untuk mendapatkan homestay yang selesa pada harga yang berpatutan. sekian..


untuk urusan Homestay Langkawi
sms / whatsapp / telegram
Fauzi: 016-9454669
Fauzi: 016-9454669
Fauzi: 016-9454669





Thursday, March 30, 2017

cara bawa masuk kereta ke langkawi

assalamualaikum dan salam sejahtera..

ramai yang bertanya kami macam mana nak bawa masuk kereta ke Pulau Langkawi ni... ok, harini kita cerita sikit cara macam mana nak bawa kereta sendiri masuk ke Pulau Langkawi. nak bawa masuk kereta naik Feri ke Langkawi ni tak boleh main terjah je. ade beberapa prosedur pengusaha  Feri yang harus kita ikut.

pertamanya anda semua  perlu buat tempahan online dulu. tempahan boleh dibuat di laman web https://www.langkawiroro.com/  ataupun di http://www.langkawiauto.com/.. untuk membuat tepahan anda perlu menyediakan beberapa dokumen. antara dokumen yang diperlukan ialah salinan gran kenderaan, salinan ic pemandu, nama dan no ic penumpang, dan no telefon pemandu. bayaran untuk tempahan itu boleh buat online terus. kadar tambang feri berbeza mengikut cc kenderaan.





jadi bila dah buat tempahan anda semua kenalah stanby di Terminal Feri Kuala Perlis. anda semua kena berada di Jeti 2jam sebelum berlepas. pada musim cuti sekolah / cuti umum anda dinasihatkan berada di Jeti lebih awal lagi sebab keadaan di jeti sangat sesak dengan kenderaan.  di terminal ni ada kemudahan surau, kedai makan, tandas awam dan kaunter tiket,

prosedur untuk chek in Feri ni sangat mudah, anda semua perlu print e-tiket yang dibuat semasa tempahan online tu dan daftar terus kat kuanter yang disediakan di Jeti Kuala Perlis ni.. selepas daftar anda akan diberi satu kad kemudian bolehlah beratur untuk masuk ke dalam feri.




perjalan dari jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi mengambil masa kira-kira 2jam. sepanjang perjalanan menuju ke Pulau Langkawi anda dapat menihat pemandangan yang amat cantik. jadi jangan lepaskan peluang belegar-legar di berandar luar feri sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan... 😊😊😊 









Wednesday, February 8, 2017

idaman suri


sapa kt sini suka shoping pinggang mangkuk?? ni die salah satu tempat untuk shoping pinggang mangkuk murah kt langkawi ni. banyak pilihan yang menarik menanti anda semua. rambang mata bila masuk kt sini


Pastinya harga kt sini lebih murah dari tempat yang lain..  Adik kakak pak cik mak cik yang suke shoping datang ke Pulau Langkawi ni jangan lupa singgah kt Idaman Suri ni ye..  

Lokasinya tak jauh dari Jeti Pekan Kuah..  Kira-kira 5km je. Pekan Kuah salah satu pekan kat Pulau Langkawi yang banyak lagi tempat-tempat untuk dilawati.  Antaranya Kompleks Haji Ismail Group (HIG).

Kat Kuah ni kami ada beberapa Homestay yang sesuai untuk anda semua menginap. Insyaallah Bersih, Selesa dan Berpatutan. 

Gambar atas ni merupakan salah satu Homestay yang kami sediakan untuk anda..  Ada 5 bilik tidur, 1 bilik solat.. Amat sesuai untuk yang datang dalam kumpulan yang ramai. Homestay ni lengkap dengan alatan asas untuk memasak, mesin basuh dan papan seterika. Untuk mendapat lebih penjimatan sila buat tempahan awal ye.

untuk maklumat lanjut 
sms / whatsapp / telegram
016-9454669 - FAUZI
016-9454669 - FAUZI
016-9454669 - FAUZI










Tuesday, January 31, 2017

CABLE CAR LANGKAWI


wahhh cantik pemandangan dari skycabcable car langkawi ni kann... skycab / cable car ni merupakan salah satu tarikan utama para pelancong yang datang ke langkawi lebih-lebih lagi semasa cuti sekolah atau cuti umum..
langkawi cable car ni terletak di utara Telaga Harbour, Pantai Kok kira-kira 30km dari pekan kuah langkawi. cable car ni menghubungkan Teluk Burau ke puncak Gunung Machinchang menggunakan jambatan udara / Sky Bridge yang panjangnya kire-kire 2.2KM


cantikkan pemandangan dari atas Sky Bridge ni... bagi yang gayat dengan ketinggian, ini merupakan tempat yang amat mencabar.. bagi yang sukakan sesuatu yang lain untuk bargambar, ini merupakan tempat yang amat menarik. Pelancong yang nak datang ke Langkawi jangan lepaskan peluang berkunjung ke Langkawi Cable Car ni.. bergambar di atas Sky Bridge ni untuk kenangan yang mungkin tidak dapat anda semua lupakan..

waktu operasi cable car ni pulak bermula seawal jam 9.30am.. harga pulak berpatutan kalau nak dibandingkan dengan pengalaman yang bakal anda dapat kat sini

Harga Cable Car 2017

πŸ‘‰Skycab. 

πŸ‘‰Skydorm 3D

πŸ‘‰Skyrex 4D. 
πŸ‘‰Muzium 3D
πŸ’₯Rm40.00 one personπŸ’₯

Harga tiket mulai febuari 2017
untuk lebih tepat anda semua boleh rujuk dengan pihak pengurusan cabla car sendiri iaitu Panorama Langkawi.. banyak tawaran istimewa yang dibuat oleh pihak Penorama Langkawi..

jadi tunggu apa lagi.. jom ramai-ramai kita bercuti di langkawi.. jangan lupa tempah awal penginapan di langkawi ni untuk dapatkan homestay yang murah, selesa dan jimat.. bagi kumpulan pelancong yang datang sehingga 15orang, saya cadangkan untuk anda homestay  4 bilik tidur ini.. sangat selesa untuk keluarga anda.


homestay ini terletak di padang matsirat.. dilengkapi dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik air. semua bilik tidur dilengkapi dengan katil queen.


gambar di atas merupakan salah satu bilik dalam rumah ni. luas kan.. dilengkapi aircond dan tandas dalam bilik. homestay ini ada menyediakan toto dan bantal tambahan cukup untuk 15 orang.. 

jadi untuk anda yang berminat untuk datang ke Pulau Langkawi ni boleh lah membuat tempahan homestay ini dan lain2 homestay yang kami ada boleh lah memhubungi pihak kami di talian 016-9454669 - fauzi (sms / whatsapp / telegram)






Upside Down House Langkawi

ramai yang tak tahu kt Langkawi ni ada 1 tempat yang unit untuk bergambar buat kenangan. Upside Down House ni memang best bagi kaki selfi ...