Wednesday, September 6, 2017

3 Tempat Menarik Melihat Matahari Terbenam di Langkawi

Pulau Langkawi merupakan destinasi pelancongan yang tidak asing lagi di Malaysia. Salah satu aktiviti yang popular yang menjadi tarikan pelancong adalah melihat pemandangan indah matahari terbenam. waktu yang sesuai untuk melihat matahari terbenam ni sekitar jam 6.45pm. di Pulau Langkawi ada banyak tempat yang boleh kita lihat matahari terbenam. jom kita view 3 tempat yang menarik untuk melihat matahari terbenam

1. Nest RoofTop

nest rooftop memberikan anda pengalaman yang tak dapat dilupakan. lokasinya cenang. ianya seebuah restoran yang terletak di tepi pantai cenang. justeru itu tempat ini menjadi kawasan yang sangat strategik untuk melihat matahari terbenam pada waktu petang sambil menikmati makanan enak di restoran ini. untuk maklumat lanjut mengenai restoran ini anda boleh lihat di page  https://www.facebook.com/nestrooftop/


2. telaga harbour park

terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Telaga Horbour Park merupakan pelabuhan penting yang ada di Pulau Langkawi. suatu ketika dahulu telaga harbour park pernah menjadi perkampungan nelayan kecil. namun kini telaga harbour park sudah berwajah baru yang merupakan sebuah bandar dan pelabuhan yang menempatkan kapal-kapa layar dan kapal-kapal mewah. dari sini kita datang melihat matahari terbenam yang sangat cantik berlatarbelakangkan bukit dan kapal mewah..

3. pantai kok

pantai kok ini kelihatan cantik dengan pasir yang bersih dan air lautnya yang jernih. disepanjang pantai ni banyak letaknya resort kelas atasan seperti Berjaya Langkawi Resort, Sheraton Langkawi Beach Resort dan Tanjung Sanctuary. jadi untuk yang ingin merasa suasan berjalan kaki yang romantik amat sesuai di pantai ini sambil menikmati keindahan matahari terbenam di waktu petang. 
kt sini gerai makan yang popular adalah Hafiz Rojak. pernah di siarkan dalam rancangan jalan-jalan cari makan di tv3. banyak pilihan makanan kt sini. sesaui untuk anda yang ingankan suasana santai di tepi pantai sambil menikmati makanan yang lazat

jom kite ke Langkawi

untuk urusan Homestay Langkawi
sms / whatsapp / telegram
Fauzi: 016-9454669
Fauzi: 016-9454669
Fauzi: 016-9454669






No comments:

Post a Comment

Upside Down House Langkawi

ramai yang tak tahu kt Langkawi ni ada 1 tempat yang unit untuk bergambar buat kenangan. Upside Down House ni memang best bagi kaki selfi ...