Wednesday, November 8, 2017

kedai makan malam di langkawi

Assalamualaikum... hai semua... lame tak bersua... harini rasa nak berkongsi 2 tempat makan yang agak best di Pulau Langkawi pada waktu malam.. sebenarnya banyak kedai makan yang sedap kt Pulau Langkawi ni.. so bagi yang nak datang bercuti kt sini tak payah risau lah pasal nak makan ye... harga pun takde lah mahal.. agak berpatutan lah... makanan pun sedap-sedap semua..



Medan Selera Nelayan.. terletak di Bukit Malut kira-kira kurang 10 minit perjalanan dari Pekan Kuah.. selain hidangan makanan lautnya yang segar, lokasinya yang terletak berhampiran jeti nelayan juga menambahkan lagi daya tarikan medan selera ini. jadi tak hairan lah pada musim cuti umum pengunjung perlu mendapatkan no giliran terlebih dahulu untuk makan di sini..



bagi penggemar makanan barat atau orang panggil western food pula anda boleh memilih restoran "The Kasbah" ..antara menu yang ada kt sini ialah kasbah Grill Lamb, Grilled Panda Chiken, Rebellion Beef Steak dan banayak lagi.. lokasinya terletak di Kg. Bohor Tempoyak berhampiran cenang yang menjadi tumpuan para pelancong. 



akhir sekali Selera Lubuk Buaya... namanya agak ganas sikit.. tapi jangan risau... tempatnya tak ganas macam buaya tetapi makanan kt sini banyak pilihan dan sedap. kt sini menunya kebanyakan masakan panas lah. restoran ini terletak di area pantai cenang. jadi untuk yang dah penat mandi kt pantai cenang tu boleh lah singgah cuba makanan kt sini ya...

ok semua.. jumpa lagi di lain siaran.. selamat bercuti  :)

No comments:

Post a Comment

kedai makan malam di langkawi

Assalamualaikum... hai semua... lame tak bersua... harini rasa nak berkongsi 2 tempat makan yang agak best di Pulau Langkawi pada waktu mal...