Monday, November 18, 2019

Upside Down House Langkawi

ramai yang tak tahu kt Langkawi ni ada 1 tempat yang unit untuk bergambar buat kenangan. Upside Down House ni memang best bagi kaki selfi yang nak bergambar. Tapi anda kena sporting la nak bergambar macam2 style πŸ’ƒ

Lokasinya terletak di Kg Bayas, Jalan Padang Matsirat, Ulu Melaka. 07000 Langkawi. Dibuka sejak tahun 2017 dan telah mendapat ramai kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara.


Rumah Terbalik "TERTINGGI di MALAYSIA - TINGGI 5 TINGKAT"
Rekabentuk Rumah "TERBALIK YANG SEBENAR"


Yang Pasti "Lain daripada yang lain "
⇨ Anda Boleh Tangkap Gambar
⇨ Anda Boleh Rakam Video
⇨ Rumah Betul-Betul Terbalik bukan "shoplot"
⇨ Ada Restoren Terbalik
⇨ Ada Kedai Cenderahati Terbalik


Harga Tiker?

warga negara: dewasa rm18, kanak2 rm15
bukan warga negara: dewasa rm25, kanak2 rm20

anda yang datang ke Langkawi jangan lepaskan peluang singgah di sini. pasti puas hati 😊😊




Wednesday, February 13, 2019

5 TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI

Langkawi merupakan destinasi pelangcongan yang tidak asing lagi di Malaysia. Saban tahun pulau lagenda ini menjadi kunjungan para pelancong dari dalam dan luar negara. Ini kerana pulau ini menjanjikan pelbagai aktiviti dan  tempat menarik untuk di kunjungi dan juga menawarkan jualan barangan bebas cukai. kami senaraikan 5 tempat best di Langkawi untuk korang kunjungi

1. UMGAWA ZIPLINE ECO ADVANTURES

haa kt sini korang boleh jadi tarzan ye. Pengalaman bergayut dan merentasi hutan hijau memang menjanjikan satu kenangan manis buat korang😊 lokasinya terletak di Telaga Tujuh, Langkawi. untuk harga tiket dan detail korang boleh tengok kt website ni  πŸ‘‰ https://www.ziplinelangkawi.com/

2. SKYTREX ADVENTURE LANGKAWI

sesuai untuk anda yang sukakan cabaran. tempat ini menyediakan 3 cabaran trek yang berbeza cabarannya. lokasinya terletak di Jalan Telok Yu, Kampung Kok, Langkawi. untuk harga pekej korang boleh rujuk website ni πŸ‘‰ https://www.skytrex-adventure.com/

3. PANTAI TENGAH



kt sini pantainya gebu. banyak aktiviti sukan air yang boleh korang  cuba seperti Jetski, Parasailing dan banyak lagi.

4. PULAU PAYAR



pulau yang tidak asing lagi bagi mereka yang ingin melihat hidupan marin. Pantainya juga sangat bersih dan sesuai untuk berkelah. Bagi korang yang ingin menerokai Pulau Payar, terdapat denai jalan kaki yang telah disediakan

5. AIR TERJUN LELAGA TUJUH



yang uniknya tempat ni terdapat kawasan tadahan kecil seakan telaga yang terbentuk secara semulajadi. Untuk korang yang nak beriadah bersama keluarga sambil mandi air terjun, tempat ini sangat sesuai kerana banyak kemudahn yang telah disediakan untuk pengunjun

sebenarnya banyak lagi tempat-tempat best kat langkawi ni.. korang boleh datang sendiri mesti seronok 😊

untuk korang yang nak tempah penginapan / homestay di langkawi ni boleh berhubung dengan kami ya

sms / whatasapp / telegram
fauzi: 016-9454669
fauzi: 016-9454669
fauzi: 016-9454669

whatsapp πŸ‘‰  www.wasap.my/60169454669

like us at facebook

https://www.facebook.com/langkawihomestay4u/


ok lah korang... sampai sini dulu ye. next time update pasal homestay kami pulak. jumpa lagi. bye ...😊😊😊😊😊



Wednesday, November 8, 2017

kedai makan malam di langkawi

Assalamualaikum... hai semua... lame tak bersua... harini rasa nak berkongsi 2 tempat makan yang agak best di Pulau Langkawi pada waktu malam.. sebenarnya banyak kedai makan yang sedap kt Pulau Langkawi ni.. so bagi yang nak datang bercuti kt sini tak payah risau lah pasal nak makan ye... harga pun takde lah mahal.. agak berpatutan lah... makanan pun sedap-sedap semua..



Medan Selera Nelayan.. terletak di Bukit Malut kira-kira kurang 10 minit perjalanan dari Pekan Kuah.. selain hidangan makanan lautnya yang segar, lokasinya yang terletak berhampiran jeti nelayan juga menambahkan lagi daya tarikan medan selera ini. jadi tak hairan lah pada musim cuti umum pengunjung perlu mendapatkan no giliran terlebih dahulu untuk makan di sini..



bagi penggemar makanan barat atau orang panggil western food pula anda boleh memilih restoran "The Kasbah" ..antara menu yang ada kt sini ialah kasbah Grill Lamb, Grilled Panda Chiken, Rebellion Beef Steak dan banayak lagi.. lokasinya terletak di Kg. Bohor Tempoyak berhampiran cenang yang menjadi tumpuan para pelancong. 



akhir sekali Selera Lubuk Buaya... namanya agak ganas sikit.. tapi jangan risau... tempatnya tak ganas macam buaya tetapi makanan kt sini banyak pilihan dan sedap. kt sini menunya kebanyakan masakan panas lah. restoran ini terletak di area pantai cenang. jadi untuk yang dah penat mandi kt pantai cenang tu boleh lah singgah cuba makanan kt sini ya...

ok semua.. jumpa lagi di lain siaran.. selamat bercuti  :)

Wednesday, September 6, 2017

3 Tempat Menarik Melihat Matahari Terbenam di Langkawi

Pulau Langkawi merupakan destinasi pelancongan yang tidak asing lagi di Malaysia. Salah satu aktiviti yang popular yang menjadi tarikan pelancong adalah melihat pemandangan indah matahari terbenam. waktu yang sesuai untuk melihat matahari terbenam ni sekitar jam 6.45pm. di Pulau Langkawi ada banyak tempat yang boleh kita lihat matahari terbenam. jom kita view 3 tempat yang menarik untuk melihat matahari terbenam

1. Nest RoofTop

nest rooftop memberikan anda pengalaman yang tak dapat dilupakan. lokasinya cenang. ianya seebuah restoran yang terletak di tepi pantai cenang. justeru itu tempat ini menjadi kawasan yang sangat strategik untuk melihat matahari terbenam pada waktu petang sambil menikmati makanan enak di restoran ini. untuk maklumat lanjut mengenai restoran ini anda boleh lihat di page  https://www.facebook.com/nestrooftop/


2. telaga harbour park

terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Telaga Horbour Park merupakan pelabuhan penting yang ada di Pulau Langkawi. suatu ketika dahulu telaga harbour park pernah menjadi perkampungan nelayan kecil. namun kini telaga harbour park sudah berwajah baru yang merupakan sebuah bandar dan pelabuhan yang menempatkan kapal-kapa layar dan kapal-kapal mewah. dari sini kita datang melihat matahari terbenam yang sangat cantik berlatarbelakangkan bukit dan kapal mewah..

3. pantai kok

pantai kok ini kelihatan cantik dengan pasir yang bersih dan air lautnya yang jernih. disepanjang pantai ni banyak letaknya resort kelas atasan seperti Berjaya Langkawi Resort, Sheraton Langkawi Beach Resort dan Tanjung Sanctuary. jadi untuk yang ingin merasa suasan berjalan kaki yang romantik amat sesuai di pantai ini sambil menikmati keindahan matahari terbenam di waktu petang. 
kt sini gerai makan yang popular adalah Hafiz Rojak. pernah di siarkan dalam rancangan jalan-jalan cari makan di tv3. banyak pilihan makanan kt sini. sesaui untuk anda yang ingankan suasana santai di tepi pantai sambil menikmati makanan yang lazat

jom kite ke Langkawi

untuk urusan Homestay Langkawi
sms / whatsapp / telegram
Fauzi: 016-9454669
Fauzi: 016-9454669
Fauzi: 016-9454669






Thursday, August 3, 2017

MENGHIBURKAN...Kolam Renang Homestay Tempat Terbaik untuk Bersuka Ria Bersama Keluarga




percutian anda akan lebih bermakna disinI... salah satu Homestay yang ada Kolam Renang di Pulau Langkawi.... homestay yang mempunyai kolam renang menjadi pelengkap dan menambahkan kesempurnaan sesebuah homestay... tak sia-sia anda datang ke Pulau Langkawi ni jika dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang untuk mandi dan berseronok disini... Pulau Langkawi merupakan salah satu destinasi percutian yang menarik yang ada di dalam Malaysia ni.... jadi jangan lepaskan peluang untuk datang ke Pulau Langkawi dan menginap di Homestay ni ye..











Homestay yang cantik ni terletak di area Cenang yang merupakan salah satu kawasan tarikan pelangcong yang ada di Pulau Langkawi ini... ia mempunya 3 bilik tidur berhawa dingin dan homestay ini mampu memuatkan sehingga 10orang dalam satu masa... jarak antara Homestay dengan pantai cenang cuma mengambil masa 5minit perjalanan.. jadi senang untuk anda pergi menikmati keindahan pantai cenang... bilik nya disusun rapi dan kemas untuk memberikan keselesan kepada anda tidur disini...


tidak lengkap sesebuah homestay kalau tanpa dapur kan??  ye.. gambar di atas adalah dapur yang ada di dalam homestay ini.. ia dilengkapi dengan peralatan asas untuk memasak dan dihiyasi dengan kabinet yang cantik... anda boleh memasak makanan kegemaran disini dan menikmati hidangan bersama keluarga sama macam dirumah anda sendiri..


ruang tamu pula lengkap dengan sofo yang empuk sesuai untuk berehat bersama keluarga.. jadi jika anda hendak menginap disini jangan lupa hubungi saya ya... lagi senang whatsapp terus kt sini >>> https://www.wasap.my/60169454669 
sapa cepat dia dapat ye.. pastikan anda membuat tempahan awal untuk mendapatkan homestay yang selesa pada harga yang berpatutan. sekian..


untuk urusan Homestay Langkawi
sms / whatsapp / telegram
Fauzi: 016-9454669
Fauzi: 016-9454669
Fauzi: 016-9454669





Wednesday, July 19, 2017

Helang & Langkawi




Helang dan Pulang Langkawi  tak dapat dipisahkan lagi... ia menjadi lambang kemegahan pulau dan menjadi salah satu daya tarikan pelangcong ke Langkawi

Jika anda berkunjung ke Pulau Langkawi jangan lupa singgah di Dataran Lan ni. Bergambar kenangan sebelum pulang ye

untuk urusan Homestay Langkawi
sms / whatsapp / telegram
Fauzi: 016-9454669
Fauzi: 016-9454669
Fauzi: 016-9454669





Thursday, May 18, 2017

hotel di langkawi

memandangkan ramai yang tanya kami pasal nak booking hotel di langkawi ni, harini kite kongsi sikit pasal hotel kat pulau langkawi. yelahkan, kalau datang ke langkawi dalam kumpulan yang kecil tak sesuai pulak nak tempah 1 homestay kan.. sebenarnya kt pulau langkawi ni banyk pilihan hotel. ikut  kesesuaian masing-masing nak pilih hotel mana.ada yang nak hotel di pekan kuah, ada yang nak hotel di cenang, ada yang nak hotel bajet, ada yang nak hotel mewah. macam-macam ada. kebanyakan hotel ni terletak di 2 lokasi utama iaitu pekan kuah dan pantai cenang. ok jom kte view beberapa hotel yang ada kt langkawi ni

Meritus Pelangi Beach Resort & Spa

hotel ni sangat besar dan luas. lokasi Meritus Pelangi Beach Resort & Spa ni terletak di pandai cenang langkawi sangat sesuai untuk yang mencari penginapan yang berhampiran dengan pantai. seperti yang anda dapat lihat pada gambar di bawah. hotel ni betul-betul tepi pantai. lokasi yang amat strategik dan sangat cantik menjadi tumpuan para pelancong dari dalam negara dan juga luar malaysia terutama pada musim cuti umum / cuti sekolah.


antara keistemewaan hotel ni ialah bilik berhadapan pantai, bilik berhadapan dengan tasik, bilik tepi  taman, dan juga bilik tepi kolam. banyak pilihan bilik menanti anda. untuk yang inginkan suasa romantik dan tenang jangan lupa datang sini ye.  sangat sesuai untuk yang nak berbulan madu / honeymoon. 

selain dari bilik, hotel ini menyediakan banyak kemudahan untuk pera pelanggannya. antaranya Wi-Fi percuma,  akses kerusi roda, pembantu hotel 24jam, dan restoran.untuk lebih detail tentang hotel ni anda boleh rujuk wabsite hotel di sini

 dengan keadaan hotel yang semewah ini anda rasa berapa harga untuk 1 malam menginap di sini?? anda nak tahu harga dan kekosongan bilik di hotel ni? boleh klik disini >>>> http://go.mfzhotel.com/   

Bayview Hotel


seterusnya kita view salah satu  hotel kt tengah pekan kuah pulak. nama hotel ni Bayview Hotel.. lokasi hotel ni terletak di pekan kuah. tak jauh dari jeti kuah, dalam 5 minit je perjalanan dari jeti. lokasinya yang strategik menjadi salah satu daya tarikan hotel ni. 

hotel ni juga mempunyai 282 bilik untuk tetamunya. besar jugak lah kan hotel ni.. biliknya  dilengkapi dengan kemudahan seperti tv berastro, aircond, peti sejuk, meja menulis dan macam-macam lagi lah.. anda boleh rujuk websit hotel untuk lebih detail tentang hotel bay view ni di sini ...

kadar sewa bilik ni agak-agak bape ye??? kadar sewa dia mengikut jenis bilik dan masa. kalau bilik yang executive yang mengadap laut mestilah lagi mahal berbanding dengan bilik yang lain. ada boleh semak harga kt sini ye >>>>go.mfzhotel.com 



Green Village

akhir skali kte view 1 hotel yang agak bajet atau murah sikit kt langkawi ni. nama di beri GREEN VILLAGE.. terletak di Pantai Tengah, Langkawi kira-kira 500 meter dari pantai. perjalanan dari pekan kuah ke hotel ni mengambil masa dalam 30minit. 

hotel ni mempunyai 26bilik. bilik-bilik di hotel ni tak kurang hebatnya walaupun harganya agak bajet.. bilik nya lengkap dengan katil queen, katil single, penghawa dingin/aircond dan biliknya mengadap kolam renang. jadinya, bangun je dari tidur boleh terus terjun kolam.. 😊 untuk lebih detail tentang hotel ni boleh rujuk website hotel ni di sini 

jadi sapa2 yang nak chek harga / nak sewa bilik di hotel ni boleh rujuk sini ye>>>> http://go.mfzhotel.com/


banyak lagi hotel di langkawi ni.. anda boleh pilih sendiri mengikut kesesuaian masing-masing. jadi rancang percutian anda sebaik mungkin. selamat bercuti

SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI HOMESTAY
SMS / WHATSAPP / TELEGRAM

FAUZI: 016-9454669
FAUZI: 016-9454669
FAUZI: 016-9454669










Upside Down House Langkawi

ramai yang tak tahu kt Langkawi ni ada 1 tempat yang unit untuk bergambar buat kenangan. Upside Down House ni memang best bagi kaki selfi ...